Saturday, 9 April 2011

::Bertaubatlah sebelum terlambat::

Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian ilmu untuk sahabat sekalian. 
 
Jadikan yang baik sebagai pedoman dan yang kurang baik itu sebagai sempadan.

The Only One

Taubat Sebelum Tertutup Pintunya...

Kalau anda pernah menziarahi kubur(pemakaman) keluarga, sahabat kawan jiran tetangga atau sesiapa saja, cuba perhatikan perbuatan si mayat tersebut sewaktu beliau masih hidup.
Jika semasa hayat hidupnya dulunya ia adalah orang yang tidak lurus hidupnya dalam erti kata ia beragama,sambil lalu, sekali-kali melanggar larangan dan meninggalkan perintah, solat ya solat, bohong jalan terus, dosa-dosa dikumpulkan, atau kalau pun berbuat kebaikan ia
lakukan setengah-setengah.Cuba tanya diri sendiri, apa yang kira-kira si mayat tersebut akan lakukan apabila diberikan kesempatan untuk hidup kembali oleh Allah SWT.

Apakah menurut anda ia akan berbuat baik terus-menerus? Insya Allah, jawapannya ialah YA.
Firman Allah SWT dalam Al Qur’an surat Al Mukminun ayat 99
Hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku
kembalikanlah aku (ke dunia), (QS. Al Mukminun [23]: 99).

(Lihat juga QS 7:53; 14:44; 23:107; 32:12)
 
Atau cuba bayangkan kematian itu menggunakan prosedur yang memperbolehkan calon mati mengetahui hari kematiannya. Umpamanya prosedur kematian menyatakan bahawa setiap satu pekan/bandar/kampung sebelum hari kematian, dikeluarkan pengumuman mengenai siapa yang akan meninggal pekan/bandar/kampung depan. Menurut anda apa yang akan dilakukan oleh manusia dalam situasi prosedur permakluman kematian seperti ini?

Taubat. YA, Insya Allah masjid-masjid akan selalu dipenuhi
oleh orang-orang yang bertaubat.

 
Sayangnya kedua perumpamaan di atas tidak berlaku. Dan sayangnya juga, seperti jodoh dan rezeki, ajal juga termasuk sesuatu yang misteri yang tidak ada seorang pun
mengetahui bila dan di mana ia akan meninggal. Oleh kerana itu, sepatutnyalah kita yang
sekarang ini masih diberikan kesempatan hidup melakukan perbuatan-perbuatan baik, melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Sepatutnya kita yang
masih hidup ini memanfaatkan usia kita dengan taubat sebelum tertutup pintu taubat itu.


Allah SWT berfirman dalam surat Al Baqarah

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'kub. (Ibrahim
berkata):"Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (QS. Al Baqarah [2]: 132).

Dalam ayat terakhir, janganlah kamu mati kecuali dalam
memeluk agama Islam. Kerana mati adalah sesuatu yang misteri dan tidak dapat kita ketahui, tidak dapat kita atur sesuai keinginan kita, tidak dapat ditunda-tunda kalau memang
saatnya tiba, apa yang dapat kita lakukan adalah mempersiapkan diri. Kita harus BERKEADAAN tetap dalam keadaan Muslim. Dalam semua ASPEK kehidupan kita, kita harus siap dalam keadaan Islam, berserah diri. Sehingga kalaupun kematian itu datang menjemput kita, kita sudah siap dengan jawapan..


fasyhad bianna muslimun maka saksikanlah bahawa kami ini orang-orang
Muslim.

No comments:

Post a Comment