Riadah bermaksud merehatkan diri dengan melakukan suatu aktiviti secara fizikal dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Kita boleh kategorikan riadah kepada banyak jenis kerana ianya subjektif untuk diklasifikasikan. Tiga jenis riadah iaitu riadah santai, riadah sederhana lasak dan riadah lasak yang boleh dikategorikan.
Riadah santai - aktiviti yang menggunakan fizikal tetapi tidak menggunakan banyak ruang. Misal : tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah, bermain dam haji, dan bermain permainan video.
Riadah sederhana lasak (kalau ada cadangan yang lebih baik untuk digantikan ungkapan ini, sila beri cadangan) – aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad atau tidak terlalu besar. Misal : memasak, berjoging, mandi laut, bermain bola sepak, senaman aerobik, dan bermain bowling.
Riadah lasak - aktiviti yang menggunakan lebih daya fizikal mahupun mental dan menggunakan ruang aktiviti yang lebih terbuka dan luas. Misal : jungle tracking, ice-climbing, mendaki, meluncur, dan bermain pinball.
Kesemua aktiviti mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berlainan. Apa yang membezakan, cuma penggunaan daya, tahap ketahanan dan soal keselamatan yang perlu diambil kira.
No comments:
Post a Comment