Wednesday, 2 March 2011

Apa Yang Dmaksudkan Dengan Riadah

Riadah merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja. Bayangkan jika pada hujung minggu kita sekeluarga merancang untuk ke destinasi peranginan untuk berehat, sudah tentu jari mengira hari bila akan sampai hujung minggu itu tadi. Selain itu, riadah juga mampu mengisi masa lapang kita dengan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Tidak kisahlah apa aktivitinya, asalkan masih dalam lingkungan wajar Islam.



Riadah bermaksud merehatkan diri dengan melakukan suatu aktiviti secara fizikal dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Kita boleh kategorikan riadah kepada banyak jenis kerana ianya subjektif untuk diklasifikasikan. Tiga jenis riadah iaitu riadah santai, riadah sederhana lasak dan riadah lasak yang boleh dikategorikan.
Riadah santai - aktiviti yang menggunakan fizikal tetapi tidak menggunakan banyak ruang. Misal : tidur, makan, berbual kosong, berforum, menonton televisyen, membaca akhbar, buku atau majalah, bermain dam haji, dan bermain permainan video.
Riadah sederhana lasak (kalau ada cadangan yang lebih baik untuk digantikan ungkapan ini, sila beri cadangan) – aktiviti yang menggunakan fizikal dan menggunakan ruang yang terhad atau tidak terlalu besar. Misal : memasak, berjoging, mandi laut, bermain bola sepak, senaman aerobik, dan bermain bowling.
Riadah lasak - aktiviti yang menggunakan lebih daya fizikal mahupun mental dan menggunakan ruang aktiviti yang lebih terbuka dan luas. Misal : jungle trackingice-climbing, mendaki, meluncur, dan bermain pinball.
Kesemua aktiviti mendatangkan manfaat yang sama walaupun dilakukan dengan cara yang berlainan. Apa yang membezakan, cuma penggunaan daya, tahap ketahanan dan soal keselamatan yang perlu diambil kira.


Tuesday, 1 March 2011

Organisasi Exco Pengisian

Penasihat: Ahmad Zhafran B. Md Noor    F3
Ketua: Zulhafizsyam B. Zulkifli   K16
Pen Ketua: Nurul Husna Bt. Ibrahim   K16
AJK:Ahmad Taufiq B. Aspar   K14
        Mohd Syahrul Azman B. Bolalan   K15
        Siti Hajar Bt. Husin   J17
        Iva Shafiqah Bt. Ideris   K17

Selamat Datang